|
|
|
|
ANTIBIOTIK
Antibiotik
membunuh kuman (bakteria). Ia tidak
membunuh kulat (fungus) dan virus. Oleh itu periksa dengan doktor anda
dahulu untuk menentukan sama ada penyakit anda disebabkan oleh virus,
kulat atau kuman. Sekiranya virus (contohnya boleh dikatakan 90% sakit
tekak disebabkan oleh virus) penggunaan antibiotik mungkin tidak perlu,
kecuali untuk menghalang secondary infection (jangkitan sekunder).
Penggunaan
antibiotik yang berlebihan dan tidak mengikut peraturan boleh membawa
kesan yang tidak baik seperti terjadinya resistance
(iaitu
antibiotik tersebut tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, jadi
pengambilannya tidak lagi dapat menghilangkan penyakit tersebut). Akhirnya
anda terpaksa menggunakan antibiotik daripada jenis lain.
Antara
perkara yang perlu diingat semasa mengambil antibiotik ialah:
-
Pastikan anda menghabiskan semua antibiotik
yang diberi. Selalunya anda akan diberi stok untuk 3 hingga 5 hari.
Habiskan kesemuanya. Ini kerana tidak semua kuman itu mati setelah
mengambilnya selama, contohnya 2 hari, walaupun tanda-tanda sakit anda
telah hilang. Anda perlu menghabiskannya supaya semua kuman itu mati. Ini
penting untuk mengelakkan daripada resistance.
-
Makan mengikut masa yang ditentukan.
Contohnya antibiotik yang perlu diambil 2 kali sehari perlulah diambil
setiap 12 jam. Antibiotik yang diambil 3 kali sehari perlu diambil setiap
8 jam. Antibiotik yang diambil 4 kali sehari perlu diambil setiap 6 jam.
Ini untuk memastikan antibiotik tersebut sentiasa ada di dalam badan anda.
Kekerapan mengambilnya bergantung kepada jenis antibiotik. Jenis
antibiotik yang baru selalunya hanya perlu diambil 2 kali sehari (iaitu 12
jam sekali) atau sekali sehari.
-
Sesetengah antibiotik perlu diambil sebelum
makan. Ini penting untuk meningkatkan penyerapan antibiotik ke dalam
saluran darah. Pengambilan antibiotik bersama-sama dengan sesetegah ubat
lain, contohnya ubat gastrik, boleh menyebabkan fungsi antibiotik
berkurangan. Di samping itu, sesetengah antibiotik menyebabkan anda merasa
loya dan muntah – oleh itu lebih baik diambil sebelum makan.
-
Sekiranya anda mengambil probiotik (bakteria
yang baik) seperti acidophilus dsb., pastikan waktu pengambilannya dengan
antibiotik tidak sama. Ini kerana antibiotik membunuh semua jenis kuman
sama ada yang baik atau merbahaya. Contohnya, untuk mendapatkan semua
kebaikan yogurt (yang mengandungi bakteria baik) jangan ambilnya semasa
anda mengambil antibiotik.
-
Ramai orang yang alahan dengan antibiotik.
Pengambilan sesetengah antibiotik seperti penicillin boleh menyebabkan
anda mengalami gatal-gatal yang teruk, dsb. Beritahu doktor anda sekiranya
anda alahan atau allergik dengan sebarang antibiotik. Anda akan diberi
antibiotik dari kumpulan yang lain.
-
Pengambilan antibiotik yang membunuh
bakteria boleh menyebabkan pertumbuhan organisma lain terutamanya kulat.
Akibatnya, pengambil akan lebih mudah mengalami penyakit yang berkaitan
dengan jangkitan kulat seperti keputihan (wanita) dsb.
|
|
|
|